Jangan mengharapkan satu kebahagiaan,
jika jiwa tidak mampu dipupuk dengan kesabaran dalam pengorbanan.
Jangan mengharapkan suatu kesempurnaan,
jika jiwa tidak mahu berusaha memperbaiki diri atas setiap kekurangan dan kelemahan.
Jangan mendambakan banyaknya nikmat Tuhan,
jika hati tidak mampu dididik dengan erti kesyukuran.
Jangan hati selalu mengeluh dan merungut dengan setiap ujian,
kerana hakikatnya itulah tanda diri kita disayangi Tuhan.
Jangan cuba persoalkan kenapa sesuatu itu ditimpakan,
kerana pasti ada hikmah disetiap kejadian...
No comments:
Post a Comment