Minggu Bermadah chombee..xda plak nak
terkeluaq bahasa utara dalam entry ni (>_<)
Dalam suka..teringat kedukaan
Dalam kesenangan..teringat kesusahan
Dalam sihat..teringat kesakitan
hidup...
selalu kita dengar orang akan ingtkan kita tentang 5 perkara sebelum 5 perkara
andaikata insan ini jahil tentang agama..tidak semestinya pada takat negatif pengetahuan ilmu islamnya
sekiranya jahil tentang kehidupan..tidaklah pula mampu membawa hidup ke tahap kini
orang yang gagal adalah orang yang gagal meguruskan masalahnya..begitulah sebaliknya
urat tua..masih keras membanting tenaga..
kian hari kian tipis..bak pokok getah yang tiap hari ditoreh..
makin lama ditoreh makin habis jua susu getahnya
mana hasilnya? insan perlu kesedaran ini senantiasa..
umpama kais pagi makin pagi..kais petang..masih terfikir untuk menjamah apa...
umpama tangan yang menadah..
umpama mulut yang meminta..
umpama perut yang menahan..
umpama hati yang merintih
tergamakkah insan ini diperlakukan
kasih ibu..kasih bapa..
kenapa kau insan?
dimana nilai KASIH mu itu?
tiada hulur maupun suapan..
kera dihutan di susukan..umpama mementingkan kepentingan & kebahagiaan yang tidak abadi
hidup...
bilakah saat siang akan menjelma?
agar hilang kegelapan dalam hidup insan ini?
malam..bawalah duka pergi jauh
siang..bawalah sinaran mentari..cerahkan kehidupan insan...